Buku ini mengandungi enam bahagian yang menerangkan secara terperinci tentang isu bid'ah yang sering menjadi polemik dalam masyarakat Islam. Bahagian pertama menjelaskan pengertian bid'ah yang sebenar dan salah faham yang berkaitan dengannya.
Bahagian kedua membincangkan tentang amalan-amalan yang sering dipersoalkan kebolehannya seperti wirid dan doa selepas solat, doa qunut, Yasin malam Jumaat, kenduri tahlil, talqin, menabur bunga dan menjirus air di atas kubur.
Manakala bahagian ketiga memperincikan perkara-perkara bid'ah yang timbul pada bulan tertentu seperti hari Asyura, sambutan Maulidur Rasul, malam Nisfu Sya'ban dan bilangan rakaat solat Tarawih.
Bahagian keempat hingga keenam memaparkan pencerahan berkenaan isu bid'ah dalam aqidah seperti tawassul, tabarruk dan Al-Asya'irah serta perkara-perkara umum seperti hadis dhaif, berpegang kepada 4 mazhab dan mengambil hukum secara terus daripada Al-Qur'an dan hadis.