Hubbul Wafa (جب الوفا في ترجمة ذات الشفا)

  • Sale
  • Regular price $18.00
Tax included.


Kitab ini menceritakan perihal Baginda Nabi ﷺ dan sejarah para khalifah dari zaman Sayyiduna Abu Bakar sehingga zaman Sayyiduna Hasan yang disusun secara nazham sebanyak 517 bait. Kitab ini ditulis atas arahan seorang sultan yang begitu sayangkan ulama.

Sebahagian perbincangan di dalam kitab ini:

ZAMAN BAGINDA RASULULLAH ﷺ
Nasab baginda ﷺ - jarak masa kelahiran baginda Rasulullah ﷺ dengan Nabi Adam, Iskandar Zulqarnain, Nabi Isa, Raja Kisra - siapa yang menjaga Baginda - apa yang berlaku di Busra, Sham - peristiwa yang berlaku berdasarkan tarikh sebelum dan selepas hijrah - nama isteri-isteri, anak-anak, bapa dan emak saudara Baginda, pembantu baginda - utusan baginda kepada raja-raja - penulis wahyu Baginda - orang yang memancung di hadapan Baginda - akhlak Baginda - mukjizat-mukjizat Baginda, dll.

ZAMAN SAYYIDUNA ABU BAKAR
Nasab beliau - pelantikan beliau sebagai khalifah - ucapan sulung beliau - kenapa beliau menjual baju di pasar - usaha beliau memerangi golongan murtad - biografi beliau - apa yang beliau tinggalkan semasa wafatnya.

ZAMAN SAYYIDUNA UMAR
Nasab beliau - pelantikan beliau sebagai khalifah - ucapan sulung beliau - pembukaan negara- peperangan Al-Yarmuk, Qadisiyah - apa yang berlaku pada zaman kelaparan - siapa yang membunuh beliau - biografi beliau - perhatian beliau pada rakyat.

ZAMAN SAYYIDUNA UTHMAN
Nasab beliau - pelantikan beliau sebagai khalifah - pembukaan negara zaman beliau - keadaan beliau ketika hendak dibunuh - biografi dan jasa beliau membantu dalam peperangan.

ZAMAN SAYYIDUNA ALI
Pelantikan beliau sebagai khalifah - bagaimana berlaku peperangan Siffin dan peristiwa tahkim - biografi dan pujian baginda Nabi ﷺ kepada beliau.

ZAMAN SAYYIDUNA HASAN
Mendamaikan keadaan - bukti kebenaran sabda Baginda ﷺ terhadap beliau.

Lalu pengarang menceritakan serba sedikit kisah pemimpin sejarah Islam yang lain serta bagaimana musuh-musuh bersatu untuk memecahbelahkan kaum muslimin.