Tenang Menghadapi Musibah merupakan terjemahan dan pengenalan bagi risalah Al-Fitan wa al-Balaya wa al-Mihan wa al-Razaya (Faedah Musibah, Bala dan Ujian Daripada Allah) yang ditulis oleh Sultanul Ulama al-'Izz ibn 'Abd al-Salam al-Sulami (wafat 1262 M/660 H).
Dalam risalah ini, Imam Al-'Izz ibn 'Abd al-Salam mengupas secara ringkas dan padat mengenai hikmah dan faedah di sebalik ujian, cabaran dan musibah yang menimpa manusia. Dengan mengetahui hikmah dan faedah tersebut, manusia boleh menambah kualiti keimanan dan kehidupan mereka kerana di sebalik setiap perkara baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan, terselit rahsia dan hikmah bagi mereka yang merenung.
Risalah ini diharapkan bukan sekadar mengubah persepsi kita secara menyeluruh terhadap ujian dan musibah yang menimpa, tetapi juga akan meninggalkan kesan mendalam dalam lubuk hati kita akan kekuasaan Allah Yang Maha Agung, untuk sentiasa bersangka baik (husn zann) dengan Allah serta memandang musibah itu sebagai tanda kasih sayang Allah yang amat luas tanpa batas, hanya sahaja kita yang biasanya tidak mengetahui hikmah disebaliknya.