Bagaimana Berinteraksi Dengan Bidaah

  • Sale
  • $15.00
  • Regular price $18.00
Tax included.


Buku ini menjelaskan pentafsiran makna dan aplikasi bidaah sebagai suatu ijtihad menurut dua pendekatan ulama Ahlussunnah wal Jamaah yang diikuti oleh aliran majoriti ulama dan aliran Salafiyyah.

Perbezaan corak pandang antara golongan muwassi'un dan mudayyiqun terhadap konsep bidaah secara tidak langsung menyebabkan ikhtilaf fatwa dalam penilaian hukum terhadap sesuatu perkara khususnya berkaitan teknikaliti ibadah yang tidak pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat RA.

Begitu juga ikhtilaf pengkategorian bidaah kepada bidaah hasanah dan bidaah sayyi'ah atau bidaah diniyyah dan bidaah dunyawiyyah yang tidak disertai dengan sikap tasamuh akan mencetuskan konflik amalan dalam kalangan masyarakat Islam. Hal demikian sangat merugikan umat Islam kerana para ilmuwannya membazirkan masa dan minda membahaskan perkara yang dipolemikkan sejak zaman berzaman.