40 Hadis Kehidupan Di Alam Barzakh Dan Akhirat

  • Sale
  • Regular price $7.00
Tax included.


Kitab ini menceritakan perjalanan yang bakal kita tempuhi bermula selepas meninggal dunia. Ia merupakan perjalanan yang sangat jauh. Kita mendoakan semoga penghujung perjalanan ini kita akan sampai ke syurga insyaAllah.

Sebelum sampai ke destinasi yang kita dambakan itu, kita akan melalui banyak persinggahan. Kita juga akan diajukan banyak soalan. Soalan tentang harta, ilmu, masa, tubuh badan dan semua nikmat yang lain. Ketua keluarga akan ditanya tentang keluarganya dan pemimpin ditanya tentang kepimpinannya terhadap rakyatnya. Kita akan ditanya tentang nikmat pendengaran, penglihatan dan hati (fikiran). Dan soalan tentang niat dalam melakukan amalan soleh. Adakah niatnya ikhlas ataupun tidak?