Perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia. Islam turut menggalakkan umatnya berkahwin kerana daripadanya terdapat banyak kebaikan dan kelebihan. Perasaan ingin berkeluarga dan memiliki keturunan yang baik menjadi asbab utama sesebuah perkahwinan tercipta. Tetapi, apakah saranan Islam bagi memiliki keluarga yang disyariatkan oleh Allah? Adakah kebahagiaan hanya lahir daripada perasaan cinta dan tanggungjawab semata-mata?
Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam Jilid pertama ini: Pendidikan Perkahwinan dan Fiqh Anak memfokuskan kepada proses memilih pasangan hidup dan perkara asas yang perlu difahami selepas kelahiran anak.
- Rumah Tangga Ideal dan Hubungannya dengan Pendidikan
- Hukum-Hukum Am Berkenaan Anak yang Baru Lahir
- Perasaan Psikologi Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak
- Kaedah Asas yang Perlu Ada Ketika Mendidik
Asas kekuatan diri dan kejayaan seorang Muslim adalah memenuhi tuntutan fitrah yang memerlukan iman dan akhlak dalam kehidupan. Pemahaman iman yang kukuh dan keindahan akhlak tidak akan terbina dalam masa sehari pada anak-anak. Ibu bapa sebagai guru pertama perlu maklum apakah akhlak yang perlu diberikan penekanan kepada mereka sebagai bimbingan dan panduan. Oleh itu, ketahui bagaimana cara Rasulullah SAW dan Islam mendidik anak-anak yang masih kecil dalam membina iman dan memperelok akhlak.
Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam Jilid kedua ini: Pendidikan Keimanan dan Akhlak memfokuskan kepada proses menerapkan dua pendidikan utama kepada anak-anak iaitu pendidikan iman dan pendidikan akhlak.
- Kaedah Mendidik Anak yang Efektif
- Tanggungjawab Pendidikan Iman
- Tanggungjawab Pendidikan Akhlak
- Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Anak dan Cara-Cara Mengatasinya
Pada usia anak yang semakin meningkat, minda mereka mula menerima ilmu-ilmu kehidupan dunia. la menjadi tanggungjawab besar ibu bapa kepada anak dengan memberikan pendidikan yang baik bagi mengisi pemikiran, pergerakan dan perasaan psikologi mereka. Islam turut mewajibkan setiap orang yang beriman menuntut ilmu kerana Allah berfirman dalam al-Quran. "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?" (Surah az-Zumar, ayat 9)
Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam jilid ketiga ini: Pendidikan Psikologi, Mental, dan Fizikal memfokuskan kepada proses memenuhi keperluan pendidikan psikologi, memahami keperluan pendidikan mental, dan melengkapkan keperluan pendidikan fizikal anak-anak.
- Tanggungjawab Pendidikan Mental
- Saranan Penting dalam Konteks Pendidikan
- Tanggungjawab Pendidikan Jasmani
- Tanggungjawab Pendidikan Psikologi
Anak-anak yang berkualiti akan memberikan manfaat besar bukan sahaja pada keluarga, malah agama dan negara. Namun, sebelum anak menyertai dan berkhidmat kepada masyarakat secara langsung, persiapan dan persediaan diri anak-anak perlu rapi dan lengkap. Sebagaimana kita berjaya menanam, membaja dan memelihara tanaman dengan baik, hasil yang berkualiti akan diterima dan dikongsi. Maka, apakah tanggungjawab ibu bapa seterusnya bagi menyediakan anak-anak yang memiliki peribadi terbaik?
Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam jilid keempat ini: Pendidikan Sosial dan Potensi Diri memfokuskan kepada proses menyediakan jati diri anak-anak dan penyerlahan peribadi mereka sebelum diterbangkan dalam persada kebajikan bersama masyarakat.
- Tanggungjawab Memberi Pendidikan Seks
- Tanggungjawab Pendidikan Sosial
- Memelihara Hak-Hak Orang Lain
- Menjaga Adab-Adab Sosial