Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV Al-Hijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.
Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.
Oleh itu, naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.