Asbab & Adab Ikhtilaf

  • Sale
  • Regular price $6.00
Tax included.


Fiqh ikhtilaf atau fiqh perbezaan pandangan adalah isu yang penting dibicarakandalam kalangan masyarakat. Ini kerana terdapat khilaf yang menguntungkan umat Islam dan ada juga khilaf yang merugikan.

Terdapat kes khilaf yang muktabar dan mudah, tetapi ia telah dijadikan polemik dan isu hangat. Maka kesannya, umat Islam berpecah dan bergaduh sehingga mencemarkan nama baik agama dan seterusnya menjadikan penganutnya lemah dan hina.

Bukan khilaf sebegini yang kita inginkan. Sebaliknya yang kita mahukan adalah khilaf yang membina, bertoleransi dan produktif.

Harapan kami agar umat Islam lebih memahami sebab, cara menghadapi dan berlapang dada dengan ikhtilaf yang berlaku di sekeliling mereka.