Pembongkaran tentang kewujudan Laksamana Hang Tuah semasa kegemilangan Empayar Melaka dihuraikan secara terperinci di dalam buku ini. Pembuktian ini adalah hasil daripada kajian pengarang yang dijalankan di Okinawa dengan bantuan Kementerian Pendidikan Jepun.
Catatan Empayar Ryukyu (Okinawa) dan penemuan arkeologi membuktikan bahawa Hang Tuah wujud. Hubungan diplomatik antara Empayar Melaka dengan Empayar Ryukyu jelas tercatat di dalam Rekidai Hoan – sebuah dokumen sejarah yang diperakui kesahihan oleh para sarjana. Dicatatkan juga bahawa Laksamana Hang Tuah adalah diplomat Empayar Melaka ke India, Turki dan Patani. Pengaruh dan kekuatannya diperakui pelbagai pihak seantero dunia.
Penerbitan ini tidak semata-mata bersandarkan buku Hikayat Hang Tuah dan sejarah tempatan, sebaliknya berdasarkan catatan sahih Empayar Ryukyu yang kini dikenali sebagai Okinawa.